Tips Bisness Online Di FB

Ramai kawan-kawan FB dah mulakan bisnes online. Tahniah!
Saya ada sedikit tips nak kongsikan apabila mulakan bisnes di FB. Saya yakin anda akan lebih dipercayai dan mudah untuk menjual:
.
1. Pilih nama & gambar profil yang baik.
Jangan nampak gambar kita ni seperti orang menjual. Apatah lagi nama sendiri ada siap tulis nama produk. Contoh:
Syuib sabun
Mukmin simkad
Abu coway
Gunakan gambar santai dan nama yang mudah diingati. Kita nak bagi orang kenal dahulu, baru boleh mula menjual. Tak gitu..
.
2. Jaga penulisan.
Setiap perkataan biar penuh supaya orang mudah faham. Jangan nampak benar budak weechat nya. Dan dari tulisan kita masukkan unsur lawak ke, catchy ke, sentap ke untuk hidupkan penulisan itu.
Tulisan yang penuh boleh di translate oleh google. Dari situ penulisan kita mudah dapat reach yang lebih tinggi.
.
3. Kongsi manfaat dahulu, baru menjual.
Kongsi 3X, kemudian menjual 1X. Jika setiap masa naik status dengan hanya iklan, promosi, testimoni memanjang, orang akan mula naik bosan.
Rajinkan menulis sesuatu yang orang boleh manfaatkan dan membuatkan orang nak follow kita. Mungkin tips-tips itu kecil pada kita, tapi cukup berguna pada orang lain. Apabila mereka dah suka, kita nak jual biskut kering pun pasti laku!
Dalam menulis selain berkongsi manfaat, kita boleh masukkan elemen kehidupan. Orang amat suka membacanya. Contoh berkaitan parenting, anak, diet, travel, makan. Bagi mereka lihat kita ni manusia, buat robot menjual.
.
4. Biasakan diri untuk menulis.
Awal-awal memanglah susah. Ya, saya pun sama. Dulu setiap 3 hari boleh buat 1 posting sahaja. Paksa diri jadikan 2 hari sekali posting. Lama-lama 1 hari 1 posting.
Bila dah hebat, sehari kita mampu naikkan posting manfaat 1 kali, posting kehidupan 1 kali dan posting menjual 1 kali. Alah bisa tegal biasa..
.
Dapat sesuatu?
Jangan simpan tapi sebarkan, dan paling penting adalah terus lakukan. Ada ilmu tapi tak amalkan ibarat ada harta tapi laburkan dekat scam. Apa pun tak jadi, Hahah!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »